Tuesday, February 14, 2012

Berenang ke dasar cecah lantai kolam

 Alkisah cerita untuk mengumpulkan orang bagi satu program bukan mudah macam makan ais kacang. Lagi-lagi bila program tu disertai dengan rakan sebaya sekepala yang memang kalau boleh kau nak angkut semua kasi puas hati setiap pihak tiada iri. Tapi rancangan mantap kilat kot mana pun kau belajar untuk redha dan lepas jalan ikut peta bila Allah dah tetapkan semua perkara.

Segala organ otak juga memang banyak bagi kerjasama bila sampai part mencari jalan keluar kerana program dengan tiba-tiba mengadakan sesi pertembungan dengan program sekolah. Same time & same date, acano tu. Sesak lah jugak buat beberapa minggu menghubungi semua pihak biar terang lagi bersuluh dan berkilat buat cari jalan penyelesaian. Mereka sekeliling memang banyak main peranan bila timbul hal macam ni. Bukan hanya meninggalkan pesan dan biar mereka yang lain meneruskan perjalanan tenggelam timbul. Eh? Ayat terakhir aku, sila campak masuk bakul.




 Searching for the exact location using GPS on Note 


Still finding the way; This time GPS on Note di'blend'kan dengan Google map



Rancangan konvoi tiga kereta haruslah diletak tepi apabila setiap daripada pemandu mengeluarkan 'takpa-saya-tahu-arah-mana-hendak-tuju-kompem-tak-sesat-punya' skill. Walau kebiasaannya manusia hanya menggunakan alamat penuh bagi mencari arah destinasi. Namun, adalah menjadi satu kemusykilan apabila alamatnya disertai dengan nama-nama jalan yang bila dicari dalam google map memang tidak wujud lagi tidak berhasil. Maka terima kasih kepada pengemudi serta pencari destinasi yang memang patuh betul dengan setiap arah inci jalan. Side corner ke kiri skip terus redah hala ke kiri walau keadaan tak mengizinkan di akhir jalan. Kahkah!




Once you've arrived there safely, you just can't see the reason of finding your way home anymore.



Having to wake up the next day and enjoyed the scene.



 That ayam masak merah masam manis semua cukup is seriously tastyyy. *masuk list menu buat bakal suami EH*



Dan apabila namanya anak dara mithali belaka, haruslah membuat sesi masak memasak ala-ala top chef di dapur tersedia. Jaga-jaga makanan semua power tahap anjing pun boleh masuk lalu kawasan sekitar barangkali kerana terhidu kelazatan aura makanan gamaknya. Terima kasih ketua chef berwibawa Khalidah Kamilen & Asyiqin Zakaria kerana gigih menyingsing lengan gaul segala bahan. 





Monopoly dan Twister tidak ketinggalan dalam aktiviti harian kerana ianya sungguh mengasyikkan walau kaki dan tangan wajib berbelit dengan rakan taulan. Hilang semua beban dan tekanan, yang tinggal beban menahan berat anggota kawan bagi tetap meneruskan permainan. Taknak kalah, hiruk!

Aktiviti harian lain yang tidak dapat ditolak rezeki adalah juga membuat terjunan paus ke dalam kolam dengan sengaja. Puas betul dapat berenang ulang alik tak berhenti. Tapi biasalah bila kepala semua kreativiti memang tinggi mencurah, orang berenang untuk mengapungkan diri. Kami buat aksi berenang ke dasar cecah lantai kolam abai tekanan tinggi. Ohsem! (y)



 Same spot. Different years.





Thankyou people. You guys made my day. Big time.





Random ohsem!: 

  • Balik rehlah terus aku teringat hari Ahad tu Birthday bonda terchenta. Kabut buat segala preparation kezutan komplot kongsi cerah dan gelap bersama saudara sedarah daging semua.
  • Boleh tak harini aku silap date kerja dan baru sedar setelah selamat tiba di tempat kejadian boleh tak? Berganda rasa bersalah bila Abah tak marah pun, hanya ketawa dan meneruskan pemanduan. "Sia-sia bangun pagi nurul" ABAAHH -___________-"



 There she is with her big smile, tak sia-sia lari ulang alik tekan minyak plan last minute.




Birthday ibu sendiri haruslah mengambil port juga katanya si Debab ni.







 Happy Birthday Mum, the best gift I could ever asked for is you ♥


"O Allah, bestow both of my parents as they did bring me up when I was young.” (Q17:24)